Keadaan kenderaan Ford Ranger yang merempuh belakang sebuah lori sebelum dilanggar kereta Toyota Vios dalam kemalangan di KM107, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Pagoh petang tadi. (Gambar Facebook)MUAR: Dua warga emas, seorang bayi dan seorang kanak-kanak perempuan maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM107, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Pagoh petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Pagoh, Mohd Hafiz Mohd Shahid berkata sebaik menerima panggilan pada 5.19 petang, tujuh anggota bersama dengan jentera FRT dikerah ke lokasi kejadian.

Beliau berkata sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati tiga kenderaan, iaitu pacuan empat roda jenis Ford Ranger, kereta Toyota Vios dan lori treler jenama Scania terlibat dalam kemalangan.