(dari kiri) Wing K Lee bersama Hishammuddin Abdul Rahim dan Jacob Yeoh Keong Yeow pada majlis pek SIM prabayar YES 5G di bawah Inisiatif Kesalinghubungan Digital Johor. (Gambar Istana Negara)PETALING JAYA: Seramai 5,000 pelajar B40 di Johor akan menerima pek SIM prabayar Yes 5G berserta 50GB data internet percuma menerusi inisiatif digerakkan atas keprihatinan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah terhadap pendidikan dan kebajikan generasi muda.
Sumbangan bernilai RM100,000 itu disalurkan YTL Communications Sdn Bhd menerusi Inisiatif Kesalinghubungan Digital Johor dengan kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Inisiatif itu turut mengambil kira keperluan pelajar susulan keadaan jerebu yang melanda negara baru-baru ini, khususnya bagi memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dapat diteruskan dengan lebih lancar.







