Zara Qairina Mahathir meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai tahun lalu sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya. (Gambar Facebook)

PAPAR: Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar Tingkatan 1, Zara Qairina Mahathir minggu ini bermula dengan pihak yang terlibat melawat lokasi kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha.

Lawatan itu, yang kedua selepas kunjungan pertama pada 11 Sept tahun lepas, melibatkan kelas dan bilik reka bentuk teknologi di bangunan sekolah, asrama serta tandas di blok asrama pelajar perempuan.

Koroner Amir Shah Amir Hassan tiba di lokasi bagi sesi locus in quo itu pada 10.05 pagi, yang turut dihadiri timbalan pendakwa raya yang bertindak sebagai pegawai pengendali inkues serta peguam mewakili pihak berkepentingan.