Seorang lelaki berusia 57 tahun mengalami kecederaan parah akibat diserang dengan parang dalam satu komplot pemerasan yang dirancang oleh seorang wanita bersama suaminya dan seorang saudara di George Town.
GEORGE TOWN: Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas diserang dua lelaki menggunakan parang, malah keretanya turut dirosakkan dipercayai berpunca daripada komplot pemerasan dalam kejadian di persimpangan Jalan Pangkor, di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata dalam kejadian kira-kira 1.15 pagi itu, mangsa berusia 57 tahun mendakwa dikejar, diserang menggunakan parang dan dipukul oleh dua lelaki selepas mengambil seorang wanita berusia 39 tahun yang baru dikenalinya menerusi aplikasi WhatsApp di Flat PPR Taman Manggis, di sini.







