Penganalisis Lau Zhe Wei mengaitkan peluang tipis Amanah di Melaka dengan naratif penyatuan Melayu dibawakan BN-PN yang mengubah lanskap politik sehingga menjejaskan PH secara keseluruhan. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik menyifatkan keyakinan Presiden Amanah, Mohamad Sabu terhadap kemampuan partinya memenangi tujuh kerusi pada PRN Melaka Sabtu ini sekadar angan-angan kerana rekod pilihan raya Amanah tidak menyokong keyakinan itu.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting mempersoalkan sama ada Mohamad sedang "meneliti maklumat risikan pilihan raya atau sekadar melayan imiganasi politik".

Beliau mendapati Amanah hanya memenangi satu daripada sembilan kerusi ditandinginya di Melaka pada 2021 serta satu daripada 16 kerusi ditandinginya pada PRN Johor 2022.