Penasihat DAP Lim Guan Eng berkata tindakan Setiausaha Agung parti Loke Siew Fook melepaskan jawatan menteri pengangkutan demi membuktikan ia konsisten dalam pendiriannya terhadap skandal 1MDB.PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan keputusan Loke Siew Fook melepaskan jawatan menteri pengangkutan sebagai gambaran sebenar pendirian dan prinsip yang diperjuangkan parti itu sejak menjadi pembangkang.
Jelasnya, tindakan Loke meletak jawatan selepas Mahkamah Tinggi membenarkan bekas perdana menteri, Najib Razak menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah membuktikan parti itu tidak mengubah pendirian, meskipun kini menjadi sebahagian kerajaan.
"Loke telah membuktikan dengan jelas bahawa inilah DAP yang sebenar apabila beliau sanggup mengorbankan jawatan demi prinsip, serta melepaskan segala kemudahan dan keistimewaan jawatan demi mempertahankan maruah," katanya dalam kenyataan.








