Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat Puad Zarkashi berkata kerjasama BN dengan PN terbukti berkesan berdasarkan kemenangan besar gabungan itu dalam PRN Melaka semalam.PETALING JAYA: Seorang bekas pemimpin Umno mencadangkan Barisan Nasional (BN) membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dan Perak selepas ini bagi membolehkan PRN baharu diadakan di kedua-dua negeri yang masih ditadbir BN bersama Pakatan Harapan (PH).
Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, Puad Zarkashi, berkata kerjasama BN dengan Perikatan Nasional (PN) terbukti berkesan berdasarkan kemenangan besar gabungan itu dalam PRN Melaka semalam.
Puad berkata, kerjasama itu pada awalnya dilihat berdepan halangan apabila BN bertegas mahu bertanding sekurang-kurangnya 21 kerusi. Namun, keputusan PAS untuk memenuhi tuntutan BN membuahkan hasil apabila parti Islam itu tetap berjaya memenangi dua kerusi yang dianggap sukar.







