HDK rakam penghargaan kepada kerajaan atas komitmen untuk menangani isu berkaitan doktor kontrak, dan akan terus menuntut kebertanggungjawaban bagi memastikan perubahan dilaksanakan.PETALING JAYA: Komitmen kerajaan untuk menamatkan sistem doktor kontrak perlu disusuli pelaksanaan berkesan, proses telus dan hasil yang dapat dirasai pegawai perubatan, kata kumpulan yang memperjuangkan isu berkenaan.

Hartal Doktor Kontrak (HDK) berkata pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 hari ini menandakan titik perubahan penting buat warga perubatan selepas hampir sedekad berdepan ketidakpastian kerjaya.

Katanya, sejak sistem itu diperkenalkan pada 2016, ribuan doktor mengharungi ketidakjaminan masa depan serta peluang kemajuan kerjaya yang tidak seimbang.