KUALA LUMPUR – Indonesia mengenal pasti 198 individu dan memproses 97 laporan polis melibatkan syarikat sebagai sebahagian tindakan penguatkuasaan bagi menangani kebakaran yang turut menyebabkan jerebu di Malaysia.

Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur dalam kenyataannya berkata, Polis Republik Indonesia mengendalikan 247 laporan polis melibatkan individu, manakala Kementerian Alam Sekitar Indonesia merekodkan 57 entiti perniagaan dengan kawasan konsesi yang terbakar di lapan wilayah.

Kawasan konsesi yang terbakar meliputi 33,514.01 hektar membabitkan 16 entiti perniagaan di Sumatera dengan keluasan 3,813.85 hektar dan 41 di Kalimantan meliputi 29,700