KUALA LUMPUR: Sindiket pemalsuan dokumen perjalanan antarabangsa yang dipercayai didalangi beberapa individu warga Pakistan tumpas, selepas lima individu ditahan dalam dua serbuan di Setapak, di sini, hari ini.
Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIMWPKL) menerusi OPS SERKAP pada kira-kira jam 6.30 pagi itu dijalankan hasil risikan selama tiga bulan terhadap kegiatan sindiket berkenaan.
Pengarah Imigresen Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Hamsha Injau berkata, sindiket itu disyaki terbabit dalam kegiatan pemalsuan dan pengubahan dokumen perjalanan antarabangsa bagi mendapatkan kelulusan pemeriksaan kesihatan pekerja asing menerusi Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA).








