Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik peruntukan RM22 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Belanjawan 2027 bagi memperkukuh keselamatan negara dan kebajikan warga pasukan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, peruntukan itu turut merangkumi RM7.1 bilion bagi pembelian dan penyelenggaraan aset pasukan keselamatan, termasuk PDRM serta badan beruniform di bawah KDN.

Beliau berkata, pembinaan Kompleks Batalion 19 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Cheras serta tiga balai polis baharu turut disambut baik kerana dapat meningkatkan kesiapsiagaan operasi pasukan.

"PDRM mengalu-alukan pengumuman pembinaan Kompleks Batalion 19 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Cheras serta tiga buah balai polis baharu di Sungai Rambai, Melaka; Tanjung Malim, Perak; dan Batu Lintang, Sri Aman, Sarawak.