Singapura: Max Verstappen mencatat masa terpantas untuk meraih petak pertama perlumbaan pecut Grand Prix Singapura bersama Red Bull selepas sesi kelayakan mendebarkan di Litar Marina Bay, hari ini.
Mercedes kendalian George Russell akan bergandingan dengan Verstappen di barisan hadapan bagi perlumbaan 21 pusingan, esok, manakala Charles Leclerc dari Ferrari di tempat ketiga dan Oscar Piastri dari McLaren keempat.
Verstappen yang kembali menemui rentak selepas meraih kemenangan pertamanya musim ini di Malaysia, minggu lalu, mencatat masa satu minit 31.156 saat dalam sesi yang berlangsung di bawah cahaya lampu limpah di Litar Marina Bay.
Litar berkenaan diselubungi jerebu akibat kebakaran di Indonesia.










