Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia di Arab Saudi dinasihatkan supaya mengelak berada di kawasan berisiko tinggi di negara itu.
Dalam satu kenyataan, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, menasihatkan rakyat Malaysia di negara terbabit supaya tidak menyebarkan sebarang gambar atau video berkaitan insiden keselamatan semasa.
Nasihat itu dikeluarkan bagi mengelak ia menimbulkan keadaan panik atau mengganggu operasi pihak berkuasa.
"Mengambil kira perkembangan terkini, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh menasihatkan rakyat Malaysia di Arab Saudi supaya kekal tenang.










