GEORGE TOWN: Belanjawan 2027 dijangka memperkukuh kedudukan wilayah utara sebagai hab pertumbuhan ekonomi, teknologi dan perindustrian negara menerusi tumpuan kepada pelaburan bernilai tinggi, semikonduktor, kecerdasan buatan (AI) serta pembangunan bakat.
Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Mohamad Haris Kader Sultan, berkata fokus itu selari dengan aspirasi Pelan Pembangunan Strategik Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) 2026-2030.
Katanya, pelan berkenaan menekankan pembangunan industri bernilai tinggi, modal insan, pertumbuhan inklusif dan pengukuhan daya saing.
"Belanjawan 2027 turut memberikan pengiktirafan yang signifikan kepada projek dan ekosistem ekonomi utama di wilayah utara," katanya dalam kenyataan hari ini.








%2Ffile%2Fattachments%2F887%2FBP-Pool_748858_463366.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)