PETALING JAYA – Industri kreatif negara terus menerima perhatian apabila kerajaan memperuntukkan lebih RM130 juta menerusi Belanjawan 2027 bagi memperkukuh sektor perfileman, muzik dan kandungan kreatif tempatan.

Peruntukan itu merangkumi insentif kepada produksi filem dan animasi tempatan serta antarabangsa yang menjalankan penggambaran di Malaysia, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada