KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang memberikan pengecualian penuh duti setem bagi pembelian rumah pertama berharga sehingga RM500,000 menerusi Belanjakan 2027.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata pengecualian itu meliputi perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik.
“Bagi rumah berharga sehingga RM750,000 pula, pengecualian penuh diberikan untuk RM500,000 pertama, manakala baki nilai rumah menikmati pengecualian duti setem sebanyak 50%,” katanya.
Anwar berkata, insentif itu terpakai bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Jan 2027 hingga 31 Dis 2030.






