Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata langkah itu sebahagian daripada usaha kerajaan memartabatkan syiar Islam di Malaysia menerusi Belanjawan 2027. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menanggung sepenuhnya caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi 40,000 petugas agama, termasuk imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata langkah itu sebahagian daripada usaha kerajaan memartabatkan syiar Islam di Malaysia menerusi Belanjawan 2027.
Beliau turut mengumumkan peruntukan bagi hal ehwal Islam dinaikkan daripada RM2.6 bilion kepada RM3.1 bilion.
Bagi memperkukuh pendidikan agama, kerajaan menubuhkan Majlis Penasihat Pondok dan Turath Malaysia dengan penglibatan ulama antarabangsa seperti Syeikh Ali Gomaa dan Syeikh Idris al-Fasi, selain memperkenalkan Sijil Turath Malaysia bagi menjamin kelangsungan institusi pondok.







