razis@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan bercadang memberikan pengecualian penuh duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik bagi rumah pertama berharga sehingga RM500,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi rumah sehingga RM750,000, pengecualian penuh duti setem untuk RM500,000 dan 50 peratus bagi bakinya.

"Ini terpakai bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di sini, hari ini.

Selain itu, kerajaan memperuntukkan hampir RM1 bilion untuk projek seperti Rumah Mesra Rakyat dan Program Residensi Rakyat.