Seremban: Keselamatan dan kesihatan peserta menjadi keutamaan apabila saingan Zon Tengah-Selatan Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 yang dijadual berlangsung hari ini dan esok terpaksa ditunda susulan keadaan jerebu yang semakin membimbangkan.
Pengarang Kumpulan Harian Metro Husain Jahit berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa serta pandangan beberapa agensi dan badan berkaitan bagi memastikan kejohanan berkenaan tidak mendedahkan peserta kepada risiko kesihatan.
Daftarkan regu bagi Zon Tengah-Selatan di https://forms.gle/jArxA3gGSeKd18aV9
"Kami memohon maaf kepada semua pasukan, peserta dan pihak yang terbabit atas penundaan saingan Zon Tengah-Selatan Liga Takraw Nasional Mekdi 2026.






