Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju menggandakan peruntukan bagi membaik pulih jalan ladang kepada RM100 juta dalam Belanjawan 2027 berbanding RM50 juta tahun ini.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembiayaan hibrid berjumlah RM100 juta juga disediakan bagi membantu penanaman semula kelapa sawit milik 4,500 pekebun kecil, yang bermakna mereka hanya perlu membayar balik separuh pembiayaan.

"Pembiayaan mudah RM200 juta turut diperkenalkan bagi membiayai kos tanam semula dengan keluasan hingga 40 hektar.

"Bayaran balik ditangguh empat tahun sementara menunggu pokok berbuah. Pekebun hanya menanggung faedah dua peratus dan baki faedah ditanggung kerajaan," katanya.