Jakarta: Susulan kejayaan Indonesia menjuarai Piala ASEAN FIFA 2026 baru-baru ini, pertahanan tengah Justin Hubner menegaskan pasukannya berada pada tahap lebih tinggi berbanding negara lain di rantau ini, malah mengisytiharkan Indonesia sebagai raja sebenar Asia Tenggara.

Sebagai tuan rumah, Indonesia melalui perjalanan penuh dramatik sebelum meraih kejuaraan bersejarah itu.

Skuad kendalian John Herdman menjuarai peringkat kumpulan dengan tujuh mata selepas menewaskan Singapura 2-0, mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Malaysia walaupun bermain dengan 10 pemain, serta membelasah Bangladesh 9-2.

Indonesia dan Malaysia mengumpul mata serta perbezaan jaringan yang sama, namun Indonesia menduduki tangga teratas kumpulan kerana menjaringkan lebih banyak gol.