Kuala Lumpur : Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) menyambut baik peruntukan lebih RM130 juta bagi menyokong sektor perfileman, muzik dan kandungan kreatif tempatan yang diumumkan dalam Belanjawan 2027, hari ini.
Presiden PFM, Panchacharam Nalliah atau Pansha berkata, peruntukan berkenaan memperlihatkan peningkatan berbanding bajet terdahulu, sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap penggiat seni tempatan.
"Meskipun kita memohon peruntukan yang lebih tinggi, jumlah yang diberikan ini tetap wajar dihargai. PFM berterima kasih atas sokongan berterusan pihak kerajaan," katanya kepada Harian Metro.
Mengulas mengenai pelepasan pengecualian duti hiburan di Wilayah Persekutuan, Pansha menegaskan bahawa insentif berkenaan wajar dihadkan khusus kepada filem tempatan sahaja.








