Kuala Lumpur: Kerajaan meningkatkan bantuan awal persekolahan daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid, yang dijangka akan memberi manfaat dalam persiapan sesi persekolahan tahun hadapan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata peruntukan Bantuan Awal itu membabitkan sebanyak RM1 bilion, dengan manfaat kepada sejumlah 5.3 juta murid.
Katanya, sekiranya satu keluarga mempunyai empat anak, maka mereka bakal menerima RM800 untuk persiapan bagi sesi persekolahan 2027.
"Bantuan ini akan disalurkan di sekolah supaya ibu bapa dapat hadir dan bertemu sendiri dengan guru sebagai tanggungjawab bersama bagi kemajuan akademik serta pembentukan sahsiah anak-anak," katanya dalam Pembentarangan Belanjawan 2027, di sini, hari ini.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fanwar_186609.png&w=480&output=webp&q=85&we)