KUALA LUMPUR: Peningkatan mendadak kes berkaitan jerebu ketika ini dijangka berlaku dengan kemudahan kesihatan negara masih berupaya menampung jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, meskipun berlaku peningkatan ketara, situasi itu masih belum menyebabkan kemudahan kesihatan negara terbeban sehingga tidak mampu mengendalikan pesakit.
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) terus memantau perkembangan semasa dan menyalurkan maklumat terkini kepada oran









