JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Indonesia terkejut apabila melihat sebuah rumah diangkut menggunakan lori untuk dihantar ke sebuah lokasi baharu.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @musliadi250393 menunjukkan lori itu membawa sebuah rumah diperbuat daripada kayu dan beratapkan zink.
Meskipun muatannya besar, ia tidak menghalang lori tersebut untuk bergerak dan melalui jalan di tengah ladang sawit.
Orang ramai terkejut kerana lori berkenaan bukan membawa barang tetapi rumah.








