KUALA LUMPUR: Kemajuan negara perlu berpaksikan keperluan rakyat bagi memastikan setiap lapisan masyarakat menikmati kehidupan lebih bermaruah dan masa depan lebih baik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, prinsip itu menjadi asas Belanjawan MADANI Kelima yang berteraskan Waad Nasional iaitu komitmen bersama kerajaan dan rakyat untuk mengangkat martabat negara.
"Alhamdulillah, sempurna sudah pembentangan perancangan kewangan nasional, Belanjawan MADANI Kelima di Dewan Rakyat dengan semangat (tema) Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi.
"Waad Nasional menjadi payung belanjawan kali ini iaitu janji bersama untuk mengangkat martabat negara dan rakyat," katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.










