KUALA LUMPUR – Belanjawan 2027 meneruskan tekad bagi memastikan kemajuan negara dapat dirasai oleh setiap rakyat dengan taraf kehidupan mereka terus ditingkatkan.

Menerusi hantaran di platform X, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Belanjawan Madani kelima itu turut memastikan nasib rakyat terus terbela serta dapat hidup secara bermaruah.

“Insya-Allah, petang ini saya akan membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, dengan aspirasi untuk ‘menggapai di langit serta mengakar di bumi’.

“Ikuti pembentangan Belanjawan 2027 secara langsung di semua saluran televisyen dan platform digital utama pada 3.30 petang ini,” katanya dalam hantaran itu. – Bernama

The post Belanjawan 2027 pastikan kemajuan negara dirasai setiap rakyat – Anwar appeared first on Kosmo Online.