KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus memberi keutamaan kepada usaha memperkasakan aset, teknologi dan keupayaan penguatkuasaan serta menjaga kebajikan anggota keselamatan menerusi peruntukan Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan esok.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tumpuan itu adalah kesinambungan daripada amanah digariskan menerusi Belanjawan 2026 yang telah diterjemahkan kepada pelbagai inisiatif dan tindakan sepanjang tahun ini.

"Antaranya, keupayaan udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysi (APMM) diperkukuh dengan penerimaan helikopter baharu, manakala keupayaan armada maritim terus ditingkatkan menerusi KM Bendahara serta pembangunan kapal Multi-Purpose Mission Ship (MPMS).