PUTJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memberikan kebenaran kepada Peguam Negara dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Badan Peguam meneruskan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan pendakwaan menghentikan 47 pertuduhan jenayah berkait Yayasan Akal Budi.
Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Seri Hashim Hamzah sebulat suara membenarkan dua permohonan itu selepas mendapati kes itu membangkitkan persoalan perlembagaan baharu yang mempunyai kepentingan awam dan memerlukan penjelasan serta keputusan muktamad Mahkamah Persekutuan.
Hashim berkata, isu utama yang perlu diputuskan adalah berkaitan ambang kebenaran bagi semakan kehakiman apabila kuasa Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dicabar.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FMenteriPendidikanTinggiZambryAbdKadir3_574200.png&w=480&output=webp&q=85&we)