London: Bekas pemain nombor satu dunia beregu, Rennae Stubbs mendakwa Aryna Sabalenka kini berdepan masalah keyakinan diri selepas tersingkir awal pada Terbuka China.

Sabalenka kembali beraksi di Beijing selepas tewas kepada Elena Rybakina pada final Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Dia bermula dengan kemenangan mudah 6-1, 6-3 ke atas Renata Zarazua pada pusingan pertama.

Bagaimanapun, pemain Belarus itu gagal meneruskan momentum apabila tewas 4-6, 3-6 kepada pemain berusia 20 tahun, Nikola Bartunkova pada pusingan seterusnya.

Stubbs berkata, Sabalenka dilihat semakin hilang keyakinan, terutama apabila permainannya tidak menjadi seperti yang diharapkan.