Miami: Seorang lelaki ditahan selepas pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP AS) menemui 10 ekor burung hidup yang didakwa disembunyikan di bawah pakaiannya ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami dari Havana, Cuba, lapor Fox News.
Menurut media sama, pegawai CBP menyedari 'bonjolan yang tidak dapat dijelaskan' di sekitar pinggang dan kawasan pelvis lelaki itu ketika pemeriksaan.
Lelaki berkenaan, Alberto Hernandez Castillo, yang berasal dari Cuba dan adalah penduduk tetap sah AS, tiba di Miami pada 4 Oktober lalu sebelum dipilih untuk menjalani pemeriksaan sekunder.
Menurut dokumen mahkamah, Castillo sebelum itu menandatangani pengisytiharan kastam yang menyatakan dia tidak membawa haiwan atau hidupan liar ke AS.









