Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan esok memberi berita gembira kepada seluruh warga sukan negara, termasuk atlet, jurulatih serta pembangunan sistem sukan secara keseluruhan.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohamed Taufiq Johari berkata peruntukan yang bakal diumumkan diharap dapat terus memperkukuh pembangunan sukan negara selain memastikan kebajikan atlet diberi perhatian bukan sahaja ketika masih aktif tetapi juga selepas persaraan.

"Harapan kita adalah Belanjawan kali ini akan memberikan satu berita gembira untuk semua warga sukan, daripada atlet, jurulatih dan seluruh sistem sukan negara untuk terus maju ke hadapan dan menjadikan satu kebanggaan untuk Malaysia.