KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan Belanjawan 2027 akan merangkumi langkah-langkah bagi menangani isu kewangan dalam kalangan mahasiswa, termasuk mereka yang berdepan masalah kekurangan wang untu makan dan beban hutang.

Anwar berkata, beliau mendengar keluhan dan permintaan belia terutama berkaitan kos pendidikan serta keperluan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

"Ada mahasiswa yang berkata, 'Kami mahu belajar, tetapi kami lapar.' Kami memberi tumpuan kepada perkara itu. Saya akan mengumumkannya semasa pembentangan Belanjawan nanti.

"Terdapat mahasiswa daripada keluarga kurang berkemampuan yang tidak mampu menanggung kos pengajian dan terpaksa berhutang.