SINGAPURA: Eksport minyak dari Asia Barat, tidak termasuk Iran, melepasi paras sebelum perang, minggu lalu walaupun berlaku serangan terhadap kapal di Selat Hormuz, menurut data firma penjejakan maritim Kpler.
Buat kali pertama sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada akhir Februari, purata mingguan penghantaran minyak meningkat selama beberapa hari melepasi purata sebelum konflik sebanyak 18 juta tong sehari.
Eksport minyak mentah kembali ke paras sebelum perang pada September, dengan sekurang-kurangnya 16.5 juta tong sehari dihantar keluar dari rantau itu, tidak termasuk Iran, kata Kpler.
“Sebanyak 40 peratus kini melalui laluan yang mengelak Hormuz, manakala kebanyakan minyak mentah yang merentasi selat itu dipindahkan ke kapal tangki lain di luar pesisir,” kata Kpler, sambil menambah bahawa kebanyakan minyak berkenaan disalurkan melalui saluran paip Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).









