PETALING JAYA – Bawa wang saku RM50 ke sekolah, penerbit Datuk A. Aida mengakui dimewahkan arwah bapanya sejak kecil dan pengalaman hidup serba cukup menbuartkan dirinya begitu bersungguh-sungguh bekerja keras demi memberikan kehidupan terbaik buat anak-anaknya.

Ujar A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 57, kemewahan dinikmati sejak kecil membuatkan dirinya memahami erti keselesaan, malah enggan anak-anak melalui kehidupan serba kekurangan.

“Saya ini memang dimewahkan sejak kecil. Dulu kalau pergi sekolah, orang lain bawa 50 sen, tetapi saya bawa RM50.

“Sebab itu saya bekerja keras untuk memberikan kemewahan kepada anak-anak. Saya tidak mahu mereka hidup susah kerana sejak kecil lagi saya sudah biasa dimanjakan.