KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin memohon untuk mendapatkan semula pasport antarabangsanya secara kekal bagi memudahkannya menghadiri beberapa program di luar negara.

Pasport itu sebelum ini diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan tambahan selepas beliau didakwa atas lima pertuduhan rasuah.

Menerusi afidavit sokongan permohonan itu, Shamsul Iskandar berkata dalam masa terdekat ini beliau akan ke empat buah negara iaitu Frankfurt, London, Ireland dan Bosnia Herzegovina.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara program yang dihadiri ialah pesta buku, sidang kemuncak dan lawatan kerja penglibatan perniagaan strategik.

“Saya berhasrat untuk melakukan perjalanan ke Frankfurt, Jerman bagi menghadiri suatu pesta buku bertajuk ‘Frankfurt Book Fair’ (“Pesta buku tersebut”) yang dianjurkan oleh Rex Education, dan dijadualkan berlangsung 7 Oktober hingga 11 November. Dalam hal ini. saya telah menerima surat jemputan daripada Gwenn Jessica B. Galves iaitu Konsultan dari Rex Bookstore Inc.