SEREMBAN – Dakwaan dalam perutusan Dewan Keadilan dan Undang (DKU) semalam bahawa empat Pembesar Memerintah bukan lagi pemegang jawatan yang sah disifatkan bercanggah dengan rekod terdahulu apabila kedudukan mereka sendiri diiktiraf sehingga April 2026.

Undang Yang Empat termasuk Undang dipertikai dan Tunku Besar Tampin dalam kenyataan berkata, dakwaan mengenai ketidaksahan kedudukan mereka hanya timbul selepas mereka melaksanakan prerogatif di bawah Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS 1959).

Menurut mereka, perkara itu turut disokong menerusi surat DKU bertarikh 7 Julai 2025 dan notis bertarikh 15 April 2026 yang masing-masing dikeluarkan daripada pejabat yang sama.