PETALING JAYA: Isu tempatan yang dihadapi pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang akan menjadi tumpuan Datuk Rais Yasin sekiranya diberi mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Rais yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Melaka berkata, pengalamannya membawa pembangunan dan menyelesaikan isu rakyat di DUN Paya Rumput akan dijadikan asas untuk dirinya meneruskan agenda sama di Sungai Udang.
Beliau berkata, fokusnya adalah memastikan pembangunan diteruskan, selain menyelesaikan isu asas penduduk termasuk bekalan air, infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan kebajikan.
Katanya, pengalaman sebagai Penyelaras DUN Sungai Udang lebih tiga tahun membolehkannya mengenal pasti isu serta keperluan masyarakat setempat secara lebih dekat.








/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/11/fa75fc1c5a00aaa915b2435f053eadaf.jpg)