Selepas lebih dua dekad mewarnai industri muzik tempatan, penyanyi dan penulis lagu, Faizal Tahir membuktikan dirinya masih mempunyai tempat yang istimewa di hati peminat menerusi konsert Faizal Tahir: Suara Rakyat yang berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil baru-baru ini.
Konsert yang menghimpunkan kira-kira 10,000 penonton itu menampilkan hampir 30 buah lagu yang merentasi perjalanan seni Faizal Tahir sepanjang lebih dua dekad.
Persembahan tersebut bukan sekadar mengimbau kenangan lama, malah dapat menyaksikan evolusi Faizal Tahir sebagai seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik.
Pada malam berkenaan juga Faizal Tahir tidak keseorangan apabila dia melakukan kejutan dengan menjemput anggota kumpulan lamanya, Mirwana untuk berkongsi pentas dengan mempersembahkan dua lagu iaitu, “Tanpa Cintamu” dan “Biar Satu Dunia Tahu.”







/file/attachments/orphans/undang423_276515.png)
