PETALING JAYA – Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful Ikhlas), anak-anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad, memperkukuhkan peranan sebagai institusi kewangan Islam bertanggungjawab menerusi penyaluran zakat perniagaan berjumlah RM956,200 bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025.

Inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat serta memperkasakan kesejahteraan golongan asnaf melalui kerjasama strategik bersama institusi-institusi zakat di seluruh negara.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata, sebagai pengendali takaful yang berlandaskan prinsip ta’awun dan peka dengan tanggungjawab sosial, pihaknya percaya bahawa zakat merupakan instrumen penting dalam memperkukuhkan kesejahteraan masyarakat Islam di Malaysia.