am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menumpaskan kegiatan penyelewengan 23,000 liter diesel bersubsidi bernilai RM949,160 dalam serbuan di Jalan Penaga, Taman Kota Puteri, Masai, di sini, semalam.
Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Noor Azman Jamal berkata, dalam serbuan jam 11.45 pagi itu, seorang pemandu lori berusia 50 tahun ditahan, manakala dua lori disita.
"Susulan penahanan pemandu lori yang disyaki berperanan sebagai pengedar bahan api itu, kami menyita tiga lori lagi di kawasan berhampiran.
"Pemeriksaan lanjut menemui sejumlah diesel yang disimpan di dalam tangki petak di belakang lori berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.






