am@hmetro.com.my

Kluang: Kemalangan yang meragut nyawa suami isteri serta mencederakan dua anak perempuan mereka hari ini, dipercayai berlaku selepas kereta dinaiki hilang kawalan akibat jalan licin kerana hujan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kereta Hyundai Matrix dinaiki itu kemudian memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.

"Kemalangan berlaku di Kilometer 72.5, Jalan Batu Pahat-Mersing, dengan siasatan mendapati lori dipandu lelaki berusia 34 tahun dari Kluang menghala ke Kahang.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta terbabit hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan (laluan lori)," katanya dalam kenyataan, hari ini.