KLUANG- Sepasang suami isteri maut manakala dua anak perempuannya cedera selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di kilometer 72.5 Jalan Batu Pahat – Mersing berhampiran Felcra Berhad Sungai Kahang di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian pada pukul 4.53 petang itu melibatkan sebuah kereta Hyundai dinaiki sebuah keluarga empat beranak dan sebuah lori 30 tan.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati kereta Hyundai yang datang dari arah Kahang ke bandar Kluang dipercayai telah hilang kawalan akibat jalan licin akibat hujan dan masuk ke laluan lori yang datang dari arah bertentangan.
Jelasnya, akibat daripada kejadian itu, kedua-dua kenderaan telah bertembung sehingga menyebabkan pemandu kereta Mislan Osmin,54, dan isterinya Nor Azilah A Rahman,49, mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan meninggal di lokasi kemalangan.








