asyikin.mat@metro.com.my

Kuala Lumpur: Enam sekolah di Melaka Tengah menerima kemudahan baharu menerusi kerja menaik taraf fasiliti di sekolah berkenaan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, kemudahan baharu diberikan itu adalah mengikut keperluan sekolah terbabit.

"Bangunan daif di Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Syed Ahmad Shahabudin sudah digantikan dengan bangunan baharu empat tingkat.

"Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Tuah pula menerima tambahan bilik darjah," katanya menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya malam tadi.