austin@nst.com.my
Sepang: Pemandu lori sampah terkejut selepas bungkusan berat diambil dari timbunan sampah di Sungai Balak, Kajang sebenarnya mengandungi tiga biji bom mortar.
Lebih mencemaskan apabila pemandu lori Roro itu membawa bungkusan itu pulang ke rumahnya di Kampung Dato' Ahmad Razali, di sini.
Md Raduan Ghani, 41, berkata, dia bekerja seperti biasa pada jam 4 pagi Jumaat lalu untuk memungut dan membuang sampah.
"Saya memandu lori ke Sungai Balak di Kajang untuk membuang sampah dan mengasingkan beberapa barangan yang agak berat.






