Jakarta: Polis Indonesia menamakan empat individu sebagai suspek berhubung insiden feri KM Virgo Transport 8 yang terbalik sebelum karam di Laut Jawa pada 13 Sept, menurut polis Kalimantan Selatan pada Jumaat, lapor Xinhua.
Pegawai polis tempatan, Sigit Haryono, berkata empat suspek itu ialah kapten kapal, seorang pegawai daripada syarikat perkapalan dan logistik PT Virgo Karya Shipping, pengurus cawangan syarikat serta pengurus operasinya.
Kapten kapal kini ditahan di ibu pejabat polis Kalimantan Selatan manakala tiga suspek lain telah dipanggil untuk menjalani soal siasat, kata Sigit.
Sehingga Jumaat, seramai 80 mangsa ditemukan meninggal dunia manakala 108 orang terselamat dan 55 lagi masih hilang, menurut Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas).






