JAKARTA: Polis Indonesia menamakan empat individu sebagai suspek dalam insiden feri KM Virgo Transport 8 terbalik sebelum karam di Laut Jawa pada 13 Sept lalu, menurut polis Kalimantan Selatan pada Jumaat, lapor Xinhua.
Pegawai polis tempatan, Sigit Haryono, berkata empat suspek itu ialah kapten kapal, seorang pegawai daripada syarikat perkapalan dan logistik PT Virgo Karya Shipping, pengurus cawangan syarikat serta pengurus operasinya.
Menurutnya, kapten kapal kini ditahan di ibu pejabat polis Kalimantan Selatan, manakala tiga suspek lain dipanggil untuk disoal siasat.






