LISBON: Mogok lima hari oleh kru kabin easyJet di Portugal yang bermula Jumaat menyebabkan 443 penerbangan dibatalkan di pangkalan syarikat penerbangan itu di Lisbon, Porto dan Faro, lapor Xinhua.
Pembatalan itu mewakili kira-kira 80% daripada operasi yang dijadualkan di pangkalan berkenaan sepanjang tempoh mogok, menurut Kesatuan Kebangsaan Kakitangan Penerbangan Awam (SNPVAC).
Pegawai kesatuan, Ana Dias, berkata penerbangan tambahan yang masih dalam jadual mungkin turut terjejas, walaupun sebahagiannya mungkin dikendalikan pesawat dan kru yang dibawa masuk dari pangkalan lain di Eropah.






