PETALING JAYA – Dua lelaki menaiki motosikal didakwa dengan selamba mencuri baju yang disidai di luar rumah, dalam kejadian di sebuah taman perumahan tengah hari tadi.
Kejadian itu dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) serta dimuat naik pemilik rumah berkenaan pada akaun Thread Aidasofeaa.
Pada video tersebut, memperlihatkan dua lelaki menaiki motosikal dan mereka berhenti seketika di sebelah ampaian diletakkan di luar rumah, manakala pembonceng di belakang terus mengambil sehelai baju dan mereka bergegas meninggalkan tempat itu.
“Hello polis, ada orang curi baju saya,” kata Aidasofeaa menerusi kapsyen ringkas video tersebut.
Ia mendapat pelbagai maklum balas orang ramai selain ada yang menasihati orang ramai supaya tidak lagi menyidai pakaian di luar pagar rumah.








