PETALING JAYA: Sepasang suami isteri maut dalam nahas membabitkan lori dan kereta di Jalan Mersing, berhampiran Felcra Berhad Sungai Kahang di Johor.
Mislan Osman, 54, dan isterinya, Nor Azilah A Rahman, 49, meninggal dunia dalam kemalangan yang dipercayai berlaku kira-kira 4.30 petang tadi.
Dua anak perempuan mereka iaitu Radiah, 28, dan Syahida, 24, cedera.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Jusoh Mohd Salleh, enam anggota bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada 4.53 petang.






